Monday, April 26, 2010

Kakak tak percaya adik jadi penjenayah

Aminulrasyid Amzah

KLANG: Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah.

Di sebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid, kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka.

"Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah," katanya di pekarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan.

Aminulrasyid pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, mati di tempat kejadian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...