Tuesday, December 21, 2010

“9/10 Punca Rezeki adalah daripada PERNIAGAAN!



Robert Kiyosaki dalam bukunya bertajuk “Retire Young, Retire Rich” memperkenalkan 4 quardrant kelompok individu iaitu;

a) Employee : kelompok yang bekerja dengan seseorang atau dengan kata mudah “makan gaji”. 8-9 jam masa anda adalah untuk orang lain.

b) Self-employ : bekerja sendiri. Anda merupakan pekerja, boss dan juga bertanggungjawab dalam mengendal ikan perniagaan sendiri. Perniagaan tidak dapat dijalankan tanpa kehadiran anda!

c) Business owner : Pemilik perniagaan. Mempunyai sistem dalamperniagaan, mempunyai pekerja sendiri dan perniagaan merupakan entiti berasingan dengan pemilik perniagaan.

d) Investor : Kelompok ini merupakan golongan yang menggunakan kepakaran analisa dalam membuat pelaburan yang mendatangkan pendapatan pasif kepada mereka. Tetapi perlu diingat bahawa “High investment, High Risk and High Return”

Wednesday, December 15, 2010

How High is Your Financial IQ?

(True or False ) Your house is your greatest asset

For over 10 years I’ve been telling people that true assets put money in your pocket. For most everyone I know, their house takes money out of their pockets every month. The recent spike in foreclosures in the US only further proves that your house is not an asset.

( True or False ) Mutual funds are one of the easiest ways to save money
The reason people love mutual funds is because they are so easy. In my opinion theyare also one of the worst ways to get rich because they require little or no financial intelligence. The results they provide enrich the fund more than they do you.

( True or False ) The US dollar is worthless
Since the US abandoned the gold standard in 1971, the US dollar has consistently been able to buy less and less. It is definitely worth less. This is why savers are losers—their dollars lose value every year. To get ahead, you need to be an investor, not a saver.



( True or False ) Real Estate and Gold are risky investments
Always remember that you can make or lose money in anything. Ultimately, it is not gold, stocks, real estate, or any investment that makes you rich—it is what you know about gold, stocks, real estate, and money that makes you rich. Ultimately, it is your financial intelligence, your financial IQ that makes you rich.



Wednesday, December 1, 2010

Wabak Aedes


Keperihatian rakyat terhadap wabak Aedes pada pendapat saya amat kurang. Peningkatan kematian disebabkan nyamuk aedes kurang memuaskan. Negara Malaysia semakin maju namun segelintir rakyat masih belum maju.

Segelintir rakyat lebih merisaukan pencuri pecah masuk rumah. Sanggup beribu ringgit habis membeli pagar besi,pintu besi dan tingkap besi tetapi kelambu yang baru beberapa ringgit tak mampu beli.

Satu lagi perkara, buat rumah besar tapi longkang tak ada kesah pun nak buat.Hanya biarkan tak ada longkang asalkan rumah tersergam indah.

Perkara kedua, 30 tahun dulu, longkang-longkang di taman perumahan besar-besar sekarang makin kecik pulak. Pemaju-pemaju seperti ini seharusnya diambil tindakan sewajar ini.Longkang yang kecil, ia memberi kesan impak yang besar kepada pengaliran air .

Saya mensyorkan supaya kebersihan keliling rumah harus di jaga. Kalau ada jiran-jiran yang kurang rajin kemas rumah pujuk-pujuk le kemas rumah.

Sunday, November 21, 2010

Kata-Kata hikmah

Ketika saya minta kekuatan,tuhan memberi saya rintangan untuk membuat saya kuat

Ketika saya meminta kebijaksanaan,tuhan memberi saya masalah untuk saya pecahkan

Ketika saya meminta kekayaan,tuhan memberi saya akal dan tenaga untuk saya usahakan

Ketika saya meminta keberanian,tuhan memberi saya bahaya untuk saya atasi

Ketika saya minta rezeki yang melimpah ruah,tuhan memberi saya peluang.

Wednesday, November 17, 2010

Salam Alidiladha

Salam Aidil Adha kepada semua umat Islam semoga Allah melimpah ruah rahmat dan rezeki setiap insan..

Sunday, November 14, 2010

Bicara Santai Bersama Irfan Khairi


Semalam, saya dapat menghadiri Bicara Santai bersama Dr Irfan Khairi. Pertama kali jumpa seorang jutawan internet di depan mata. Kesian dengan IK sebab dia tak dapat meluangkan masa untuk berkongsi ilmu kerana faktor kesihatan(suara tak ada). Semoga Allah SWT dapat memberi kesihatan penuh kepada beliau. Pastinya beliau akan turun semula ke Melaka pada Disember 2010 ini..
Ilmu yang saya dapat semalam, maksud GET RICH
G - Get Up- Bangun pagi
E - Earn More Then You Give
T - Target
R - Resource Network
I - Invest you time, money and energy
C - Charity
H - Habit

SMS Marketing Memang Best Gila...

Baru-baru ini saya menghadiri Teknik Pemasaran terbaru oleh anak murid Dr Azizan Osman. Antara yang dipelajari

1. Menggunakan SMS sebagai teknik peringatan yang sangat berkesan kepada pelanggan

2. Ia juga berupaya menjadi pengerak untuk pelanggan bertindak

3. Ia dapat merapatkan hubungan dengan pelanggan

4. Sistem ini sangat stabil,pantas,murah, mudah dan efektif.

5. Sistem ini juga bagus kepada ahli politik kerana ia dapat merapatkan hubungan dengan rakyat.

6. Testimonial yang terhebat menggunakan sistem ini adalah Dr Azizan Osman sendiri.

7. Nak tahu lawati laman web http://www.etsi.com.my/



Wednesday, August 18, 2010

Best pagi nie..Dapat ilmu lagi..

Hari ini aku melayari internet..baca dalam forum Wang Cyber..banyak juga ilmu kat dalam tu.. sekarang tengah baca tentang permainan saham di BSKL... dalam baca laman forum tersebut.. mohdabdhalim(salah seorang forumer) dapat ilmu kat laman web www.pakkadi.net

Aku pun bukalah..Wau...banyak juga ilmu yang berguna kat dalam tu.. sudah pasti aku akan cari, beli, baca dan rujuk buku "Rancang Wang dari Sekarang"

Kerana kesibukan..

Dah lama dah tak tulis kat blog aku nie..kerana kesibukan dalam dunia realiti..aku sudah hampir terlupa untuk menulis..lebih kurang 4 bulan aku terhenti..

Dah hari ke 9 kita berpuasa...SELAMAT BERPUASA..

Sepanjang 4 bulan ini, aku sibuk dengan aktiviti kemasyarakatan dan tugas-tugas yang diberikan oleh pejabat aku...

Jadi.. Insyallah aku kembali aktif..

Sekarang aku sendiri sedang mencari ilmu main saham kat Bursa Saham Kuala Lumpur(BSKL). Apa selama aku membaca dalam buku Rich Dad Poor Dad dan Retired Rich Retired Young, ada tiga perkara yang boleh menjana pendapatan pasif

1. Perniagaan (Bisnes)
2. Harta Tanah (Real Estate)
3. Kertas (Saham dan Bond)

Aku mula berubah mencari ilmu sejak aku dibuka minda oleh Dr Azizan Osman(Jutawan Minda). Beliau berkata tiga perkara yang penting dalam perniagaan adalah

1. Ilmu
2. Mentor
3. Sistem

Jadi aku sekarang mencari ilmu. Cari ilmu sebanyak mungkin.. Insyallah..dengan izin Allah..aku yakin, dengan niat yang betul.. pasti aku boleh kaya dan berjaya..

Wednesday, April 28, 2010

Siasatan kes remaja mati kena tembak telus, adil

ANGGOTA forensik membuat pemeriksaan di lokasi kejadian remaja mati ditembak anggota polis di Shah Alam, Isnin lalu.

Sumber BERITA HARIAN 2010/04/29

Polis jamin tak sembunyi fakta, tubuh panel khas pantau

KUALA LUMPUR: Polis memberi jaminan siasatan insiden remaja 15 tahun yang mati ditembak anggotanya di Shah Alam, Isnin lalu, akan dilakukan dengan adil, telus dan tanpa menyembunyikan sebarang fakta.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata walaupun anggotanya yang terbabit dalam kejadian itu, tiada apa yang perlu disembunyikan daripada umum.

“Siasatan akan dikendalikan polis Selangor dengan pemantauan sepenuhnya Bukit Aman. Saya memberi jaminan siasatan akan dijalankan terperinci dari segenap sudut bagi memastikan keadilan kepada semua pihak terbabit.

“Kita (Bukit Aman) akan memantau siasatan... Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga sudah menubuhkan panel khas sendiri... jadi tiada apa yang hendak disembunyikan, kita tidak akan sorok apa-apa.

“Kita akan siasat sama ada tindakan anggota polis (yang menembak remaja itu) mengikut prosedur ditetapkan,” katanya selepas merasmikan insignia baru dan penyerahan kenderaan kepada Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM, Cheras, semalam.

Beliau mengulas kenyataan ibu mangsa, Norsiah Mohamad, kelmarin, yang meminta siasatan kes anaknya dijalankan Bukit Aman.
Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata kertas siasatan kes berkenaan dijangka siap selewat-lewatnya Jumaat ini, selepas polis mengambil keterangan saksi utamanya, iaitu rakan mangsa yang melarikan diri ketika insiden itu.

“Kita sudah memanggil semula rakan mangsa yang juga saksi utama dan berada bersama-sama mangsa ketika kejadian bagi mendapatkan keterangan penuh.

“Keterangannya sudah diambil pada malam kejadian, tetapi masih kurang jelas dan tidak lengkap menyebabkan dia dipanggil semula hari ini (semalam),” katanya.

Ditanya berapa anggota yang melepaskan tembakan atau berapa tembakan dilepaskan dalam insiden itu, Khalid enggan mengulas kerana siasatan masih dijalankan.

Selain itu, Khalid turut meminta semua pihak termasuk ahli politik tidak mencampuri urusan dan siasatan polis kerana ia akan menimbulkan kekeliruan masyarakat dan merunsingkan keluarga mangsa.

“Ada pihak tertentu termasuk ahli politik yang mengandaikan apa sebenarnya berlaku pada hari kejadian dan ada juga mendesak polis supaya tidak melindungi atau menutup fakta tertentu dalam kes itu”, katanya.

Pada masa sama, Khalid turut meminta pihak media massa untuk tidak membuat spekulasi.

"Kita sedih dengan apa berlaku, tapi pada masa sama kita tidak mahu pihak yang tidak ada kena mengena (dengan kes itu) mencampuri urusan dan mengganggu siasatan polis," katanya di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Shah Alam, semalam.

Remaja mati ditembak polis: Sepuluh saksi utama diambil keterangan

Sumber daripada UTUSAN MALAYSIA

SHAH ALAM 28 April - Polis telah mengambil keterangan 10 saksi termasuk seorang saksi utama bagi membantu siasatan kes remaja 15 tahun yang ditembak mati oleh anggota pihak berkuasa itu, pada kelmarin, di Seksyen 11 di sini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, keterangan saksi utama iaitu rakan kepada remaja terbabit yang melarikan diri semasa kejadian, diambil pihaknya kira-kira pukul 2 petang ini.

Beliau berkata, keterangan sembilan lagi saksi yang kesemuanya anggota polis telah diambil secara berperingkat bermula pada hari kejadian.

''Kita akan cuba menyelesaikan segera dan akan merujuk kes tersebut kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya (DPP) pada penghujung minggu ini.

''Siasatan kes itu masih dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan empat anggota yang terlibat masih lagi menjalankan tugas-tugas pejabat seperti diarahkan.

''Selepas siasatan selesai dan kita mendapat arahan lanjut daripada DPP, barulah tindakan seterusnya akan dilakukan," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditanya perkembangan siasatan kes Allahyarham Aminulrasyid Amzah yang mati terkena tembakan polis semasa dia dan rakannya cuba melarikan diri dari dikejar oleh kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11, kira-kira pukul 2 pagi Isnin lalu.

Dalam pada itu kata Khalid, pihaknya meminta kerjasama saksi-saksi yang melihat kejadian atau terlibat dalam perlanggaran dengan kereta remaja terbabit sebelum dia ditembak agar tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan.

Ujar beliau, mereka boleh datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam untuk memberikan keterangan atau menghubungi talian 03-5510 2222.

Sementara itu, saksi utama kejadian yang juga merupakan pelajar berusia 15 tahun telah diambil keterangannya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini.

Saksi tersebut yang merupakan anak seorang anggota polis hadir ke IPK Selangor dengan ditemani oleh peguam, Gobind Singh Deo.

Dalam perkembangan berkaitan, sepasukan forensik menemui sebutir kelongsong peluru di tempat kejadian, kira-kira pukul 11.30 pagi, lokasi remaja terbabit dipercayai ditembak.

Mereka turut menjejaki kesan-kesan tembakan di beberapa lokasi yang disyaki dilalui remaja itu termasuk di Bulatan Kayangan.

Peluru itu difahamkan akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisi

Kertas siasatan pada DPP selewat-lewat Jumaat

MALAYSIA KINI-Apr 28, 10 2:44pm

Polis kini dalam proses melengkapkan keterangan saksi bagi membolehkan kertas siasatan dihantar kepada pendakwa raya selewat-lewatnya Jumaat ini berhubung kes remaja 15 tahun - Aminulrasyid Amzah - mati ditembak polis kelmarin.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar berkata polis akan memanggil semula rakan allahyarham Amirulrasyid Amzah hari ini bagi mendapatkan keterangan penuh.

Tindakan Ketua Polis Selangor adalah tindakan yang tepat dan bernas

Beliau memberitahu demikian ketika ditemui di majlis perasmian insignia baru dan penyerahan kenderaan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) di ibunegara hari ini.

"Kita berharap dapat melengkapkan siasatan sebelum hujung minggu ini untuk kita hantar kepada pendakwa raya bagi membincangkan hasil laporan siasatan yang
diperolehi," katanya.

Beliau berkata keterangan remaja tersebut telah diambil sebelum ini, namun masih terdapat maklumat-makumat yang tidak jelas dan lengkap yang mungkin akan diperolehi pada hari ini bagi melengkapkan siasatan tersebut.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi di Seksyen 11, Shah Alam, Isnin lepas, Amirulrasyid meninggal dunia selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dikatakan cuba melarikan diri dalam satu sekatan polis.

Sementara itu , Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi jaminan polis tidak akan menyembunyikan sebarang fakta berhubung siasatan insiden tersebut.

Tindakan Ketua Polis Negara seharusnya diikuti.

"Kami tidak sembunyikan apa-apa..., kita akan jalankan siasatan secara adil dan telus bagi memastikan kebenarannya," katanya ketika ditemui di majlis yang sama.

Beliau berharap masyarakat tidak membuat andaian dan hukuman awal sebelum laporan siasatan lengkap diperolehi.

Polis akan membantu Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang telah mengambil langkah segera dengan menubuhkan satu panel khas bagi menyiasat insiden itu, katanya.

Musa yang turut melahirkan rasa sedih atas insiden tersebut turut menasihatkan agar ibu bapa perlu lebih prihatin menjaga anak-anak mereka bagi mengelakkan mereka daripada keluar rumah pada waktu yang tidak sepatutnya dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

Apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Musa sangat benar, kepada sesiapa yang mempunyai anak, pastikan kita tahu dimana dan apa yang anak kita buat setiap masa. Saya sendiri mesti menjadikan iktibar dalam kejadian ini.

Tembak remaja: Polis rakam keterangan saksi utama

Polis akan merakamkan petang ini keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis awal pagi Isnin lalu.
Saksi tersebut yang dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ketika menjawab soalan Malaysiakini melalui SMS, Gobind memberitahu beliau akan mengiringi anak guamnya itu untuk memberi keterangan pada jam 3 petang ini.

Sumber daripada Malaysia Kini
Jimadie Shah Othman
Apr 28, 10
1:06pm

Tuesday, April 27, 2010

Menteri bawa kes kematian Aminulrasyid ke kabinet esok

Timbalan pengerusi Umno Selangor, Datuk Noh Omar berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian yang menimpa pelajar sekolah - Aminulrasyid Amzah - yang mati ditembak polis awal pagi semalam.

Katanya, beliau berharap kes tersebut dapat disiasat dengan telus bagi mencari keadilan dan kebenaran.

"Saya harap kes ini tidak disensasikan atau dipolitikkan," katanya dalam sidang media di rumah keluarga arwah Aminulrasyid di Shah Alam hari ini.

Beliau yang juga menteri pertanian dan industri asas berkata, dalam mesyuarat kabinet esok, beliau sendiri akan membangkitkan isu tersebut bagi perhatian kerajaan.

Noh juga berkata, Umno negeri akan menawarkan bantuan guaman kerana keluarga terbabit berhak menyaman polis dan kerajaan Malaysia.

"Mereka juga boleh mengadu kes ini kepada pihak Suhakam," katanya

Sumber daripada Malaysia Kini
oleh Jimadie Shah Othman
Apr 27, 10
3:56pm

ALHAMDULLILAH...Akhirnya UMNO memberi perhatian..

Berita tentang Aminulrasyid Amzah

Senarai web dan blog yang memberitakan tentang Aminulrasyid Amzah


http://laman-seri.blogspot.com/2010/04/takziah-untuk-keluarga-aminulrasyid.html

Terima kasih. Semoga Rohnya dirahmati oleh Allah. Al-Fatihah.

'Jangan lapor yang bukan-bukan', rayu ibu Aminulrasyid


Ibu kepada pelajar berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah, yang mati ditembak polis awal pagi semalam, meminta polis menyiasat kes kematian anaknya dengan telus bagi "mencari keadilan".

Norsiah Mohamad, 60, seorang ibu tunggal, juga mendakwa anaknya itu tidak terlibat dalam aktiviti jenayah, seperti dilaporkan media.

"Saya tau anak saya, dia bukan seperti yang disebarkan dalam akhbar. Saya tau siapa anak saya," katanya dalam sidang media di rumahnya di Shah Alam hari ini.
Dalam sidang media itu, Norsiah ditemani oleh anak perempuannya, Norazura Amzah dan menantunya, Kamarudin Hassan.


Aminulrasyid merupakan anak bungsu daripada lapan adik beradik.

Beliau berharap media tidak melaporkan "yang bukan-bukan" kerana "saya sebagai ibu tak sanggup nak baca."



Ditanya sama ada pihaknya akan menyaman polis, Norsiah berkata, perkara itu akan dibincangkan bersama anggota keluarganya yang lain.

Ibunya kelihatan sedih dan bergenang air mata ketika mengulas perkara itu.

Sumber daripada Malaysia Kini-Jimadie Shah Othman
Apr 27, 10
2:37pm

Monday, April 26, 2010

Kematian Sepupu


Macam-macam cerita aku dapat, namun aku sendiri tak dapat nak ceritakan.

Menurut Kakak Sepupu aku, malam kejadian, Arwah telah diketahui sudah masuk tidur, tidak menjangka Amin ambil kunci kereta beliau membawa keluar kereta.

Aku sendiri tanya kawan-kawan sekolah arwah, arwah memandu pergi makan kat luar, balik daripada tu, beliau terlanggar sekumpulan kereta geng Mazda RX8. Arwah memandu laju. Kemudian dikejar sekumpulan motor superbike.Arwah memandu laju lagi. Salah seorang motor superbike kemalangan.Sekumpulan motor superbike berhenti menolong kawan. Kemudian polis pula kejar dan mengarahkan arwah untuk berhenti. Tetapi arwah tidak berhenti. Masih terus memandu laju menuju ke rumah. namun apabila beliau ingin masuk simpang rumah beliau, 3 tayar kereta ditembak. Arwah hilang kawalan dan terlanggar pokok berdekatan dengan rumah beliau.

Tahu-tahu je,arwah di tembak mati. Rakan beliau lari. Sekarang ini saksi utama telah membuat laporan polis.

Remaja ditembak: Polis diminta jamin keselamatan saksi utama


Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menggesa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar memberi jaminan bahawa siasatan kes terhadap anggotanya yang menembak mati seorang remaja 15 tahun, dijalankan dengan telus.

Wakil rakyat PAS itu berkata, beliau kecewa dengan kenyataan awal pihak polis, ketika siasatan masih dijalankan, yang mendakwa remaja tersebut mungkin terlibat dalam kegiatan menyamun dan memiliki senjata, seperti yang dilaporkan media.
Katanya, beliau sendiri turut menemani saksi utama kes tersebut - yang bersama mangsa ketika mangsa ditembak – membuat laporan di balai polis Seksyen 11 jam 9.43 malam tadi.

Menurut khalid lagi, selepas selesai membuat laporan itu, rakan remaja itu pulang ke rumahnya.

“Saya minta ketua polis jamin keselamatan saksi ini. Jangan ada usaha untuk mengubah keterangannya,” katanya dalam satu sidang akhbar pagi ini.

Khalid juga turut mengedar salinan laporan polis rakan remaja tersebut kepada pihak media.

Sementara itu, dalam laporan polisnya, rakan remaja berkenaan mendakwa dia dan mangsa, telah memotong kenderaan polis dengan laju.
Dakwanya, kereka mereka kemudiannya dikejar sebuah kenderaan MPV polis dan ditembak, mengakibatkan kereta mereka terbabas.

Dalam aduannya itu, rakan remaja itu mendakwa keluar dari kereta untuk menyerah diri dan mendakwa salah seorang anggota polis menendangnya dari belakang.

Dia juga, dalam aduan tersebut, mendakwa anggota polis yang lain turut memukul dan memijaknya beramai-ramai.

Dia mendakwa meronta-ronta serta dapat melarikan diri daripada anggota polis tersebut, lalu balik ke rumah.


Sumber daripada Malaysia Kini
Jimadie Shah Othman
Apr 27, 10
11:30am

Kakak tak percaya adik jadi penjenayah

Aminulrasyid Amzah

KLANG: Keluarga Aminulrasyid Amzah, remaja berumur 15 tahun yang mati ditembak polis selepas dikatakan cuba melarikan diri daripada sekatan polis awal pagi semalam, terkejut dengan kejadian itu dan tidak percaya dia seorang penjenayah.

Di sebalik penemuan parang oleh polis dalam kereta dipandu Aminulrasyid, kakaknya, Nor Azura Amzah, 39, berkata adiknya itu mungkin panik selepas melihat rakannya lari daripada kereta dinaiki mereka.

"Dia baru 15 tahun, takkan seorang penjenayah. Walaupun sukar menghadapi keadaan ini, saya pasrah," katanya di pekarangan rumah mayat, Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini, semalam.

Nor Azura juga menafikan ada parang dalam kereta berkenaan.

Aminulrasyid pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9, di Shah Alam, mati di tempat kejadian.

Remaja maut ditembak polis

Mangsa dipercayai undur kenderaan elak disekat peronda

SHAH ALAM: Seorang remaja maut selepas terkena tembakan yang dilepaskan anggota polis peronda apabila remaja itu dipercayai cuba mengundurkan kenderaannya untuk melarikan diri ketika disekat dalam satu kejadian di sini, awal pagi semalam.

Sehubungan itu, empat anggota peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, kini diarah melakukan kerja di pejabat bagi membolehkan siasatan terperinci kes itu dijalankan.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, anggota peronda berkenaan terserempak dengan sebuah kereta Proton Iswara di Seksyen 11, di sini.

Katanya, anggota terbabit cuba menjalankan pemeriksaan terhadap kereta itu dan mengarahkan pemandunya berhenti, namun dia memecut, menyebabkan anggota peronda mengejarnya.

"Setiba di tempat kejadian di Jalan 11/2G, Seksyen 11, anggota peronda berjaya menghalang kereta itu.

"Penumpang kereta berkenaan, seorang lelaki, keluar dan melarikan diri, manakala pemandu kereta, cuba mengundurkan keretanya, menyebabkan anggota peronda terpaksa melepaskan beberapa tembakan," katanya di sini, semalam.
Khalid berkata, satu daripada tembakan itu mengenai pemandu kereta berkenaan yang kemudian mati akibat tembakan itu, manakala rakannya dapat melarikan diri.

Katanya, pemeriksaan terhadap pemandu berkenaan mendapati, dia adalah remaja lelaki berusia 15 tahun.

Polis juga menemui parang dipercayai digunakan untuk kegiatan samun dalam kereta berkenaan.

Khalid berkata, beliau sedih dengan kejadian itu dan sudah mengarahkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Katanya, beliau akan melantik seorang pegawai di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) menjalankan siasatan penuh mengenai kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan terhadap keempat-empat anggota berkenaan, walaupun hanya seorang daripada mereka yang melepaskan tembakan berkenaan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Remaja maut ditembak ketika cuba rempuh polis

SHAH ALAM 26 April - Seorang remaja lelaki, Aminulrashid Amzah (gambar) berusia 15 tahun yang disyaki penjenayah mati ditembak setelah cuba merempuh anggota polis peronda ketika mahu memberkasnya di kawasan perumahan Jalan 11/2G, Seksyen 11, di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi, remaja terbabit yang memandu kereta Proton Iswara, mati akibat terkena tembakan sementara rakannya berjaya melarikan diri.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, sebelum kejadian, dua anggota polis peronda terserempak dengan kedua-dua suspek dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, kedua- duanya kemudian diarahkan anggota polis supaya memberhentikan kereta namun mereka enggan, sebaliknya memecut laju.

Katanya, ekoran itu, dua anggota polis terbabit bertindak mengejar mereka dengan bantuan sebuah lagi kereta peronda yang dinaiki dua anggota.

"Sejurus tiba di tempat kejadian, anggota polis itu telah melepaskan tembakan ke arah tayar kereta remaja tersebut bagi memaksa mereka berhenti. Kereta itu kemudian terbabas ke bahu jalan.

"Selepas terbabas, rakan remaja itu membuka pintu kereta lalu melarikan diri dan dikejar dua anggota polis peronda," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Khalid berkata, dua lagi anggota polis peronda kemudian memeriksa keadaan remaja itu tetapi terkejut apabila suspek tiba- tiba mengundurkan kereta dan cuba merempuh anggota polis berkenaan.

"Terkejut dengan tindakan suspek untuk mempertahankan diri, anggota polis berkenaan melepaskan tembakan ke arah suspek di dalam kereta," katanya.

Ujar Khalid, suspek mati di tempat kejadian akibat cedera parah dan mayatnya dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang dekat sini, untuk bedah siasat sementara usaha menjejaki rakannya masih dijalankan.

Tambah beliau, pihaknya yang memeriksa kereta suspek telah menemui sebilah parang panjang.

Sementara itu Khalid berkata, empat anggota polis peronda yang terlibat dalam kejadian menembak mati remaja berkenaan telah diarah melakukan kerja-kerja pejabat.

Katanya, keempat-empat anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan melakukan kerja-kerja pejabat sehingga siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selesai.

Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan adil dan akan dikendalikan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.

"Sementara siasatan sedang dilakukan, kita minta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian," katanya.

Menurut Khalid, polis akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi dalam menjaga keamanan negeri dan komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan dan keselesaan rakyat.

Sumber daripada Utusan Malaysia : 27 April 2010

Wednesday, April 21, 2010

PERHATIAN-Wang Palsu RM 50

Penipuan wang palsu makin menjadi-jadi. Hari ini aku baca suratkhabar The Star, peniaga tersebut terima wang dua keping RM 50 palsu ketika waktu sibuk.Kejadian berlaku di Desa Setapak.

Aduan dibuat kepada MCA Bahagian Wangsa Maju, Datuk Yew Teong Look dan laporan polis telah dibuat.

Kepada rakan-rakan yang meniaga kedai makanan dan minuman, stesen minyak dan kedai runcit, berhati-hati apabila menerima wang..Wang Palsu ini kalau terlalu banyak diedarkan di Malaysia, kesan besarnya ekonomi Malaysia akan jatuh serta mata Malaysia di luar negara akan jatuh..

Jom benteras Jenayah Wang Palsu.....

Monday, April 12, 2010

Jawatan Sambilan Sebagai Pembanci

Pada tahun 2000, aku pernah menjadi pembanci. Pernah kena halau.Pernah kena kejar dengan anjing setinggi paras pinggang.Tapi best sebab dapat jumpa macam-macam perangai manusia. Disamping itu juga, pengalaman hidup yang menarik. Jom rakan-rakan kita jadi pembanci.

JAWATAN : PENYELIA
1. TARAF JAWATAN : SAMBILAN
2. KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
3. GAJI : GAJI HARI/RM 52.37 SEHARI
4. ELAUN KHIDMAT AWAM : RM 6.96 SEHARI
5. ELAUN SARA HIDUP : RM13.04 SEHARI
6. SYARAT : STPM
7. TEMPOH PERKHIDMATAN : 14 JUN 2010 - 10 SEPTEMBER 2010(17 MINGGU)
8. UMUR : 18 TAHUN KE ATAS

JAWATAN : PEMBANCI
1. TARAF JAWATAN : SAMBILAN
2. KUMPULAN : PERKHIDMATAN SOKONGAN
3. GAJI : GAJI HARI/RM 35.73 SEHARI
4. ELAUN KHIDMAT AWAM : RM 5.00 SEHARI
5. ELAUN SARA HIDUP : RM13.04 SEHARI
6. SYARAT : SPM
7. TEMPOH PERKHIDMATAN : 28 JUN 2010 - 22 OGOS 2010(8 MINGGU)
8. UMUR : 18 TAHUN KE ATAS

Yang kerja kerajaan kena dapatkan kebenaran daripada ketua jabatan masing-masing.Hanya bagi Gred daripada 17 hingga 39 sahaja.

Untuk Negeri Melaka, sila pergi ambil borang di Pejabat Jabatan Perangkaan Negeri Melaka, Tingkat 6, Wisma TM, MITC Ayer Keroh, Melaka atau hubungi 06-252 2725(selalu angkat telefon Cik Suhana)


Iklan Lengkap Jawatan Kosong Pembanci

PRK P.94-Hulu Selangor

Tak habis-habis pilihanraya kecil..tahun lepas dah 9 kali pilihanraya kecil..Baru masuk bulan April, dah mula balik..bahang pilihanraya dah mula terasa kat Melaka..ada pihak kata BN boleh menang..ada pihak kata Pakatan Rakyat boleh menang..

Macam-macam pendapat.Pada pandangan saya, saya lihat kerajaan dah banyak habis duit juga akhirnya..Tak kiralah BN menang atau PR yang menang..tetap kerajaan terpaksa habiskan duit untuk PERUNDANGAN PILIHANRAYA KECIL.

12(3) Akta Pilihan Raya 1958 memperuntukkan seperti yang berikut:

“12 (3) Berhubung dengan sesuatu kekosongan yang hendaklah dipenuhi dalam sesuatu pilihan raya kecil, suatu writ hendaklah dikeluarkan tidak dahulu daripada empat hari dan tidak lewat daripada sepuluh hari dari tarikh kekosongan itu disahkan berlaku oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.”

Sebaik-baiknya, baik parti BN dan PR mesti letak calon yang sihat walafiat,yang tiada masalah, yang ikut cakap ketua dan tiada masalah displin. Janganlah letak calon yang sakit dan bermasalah.Inikan menyusahkan rakyat.

Kita tengok satu-persatu
1.Pematang Pauh-Kata PR beri laluan..
2.Penanti-Kata Fairuz,kena desakkan oleh Boss.
3.Kuala Terengganu-Meninggal Dunia
4.Manek Urai-Meninggal Dunia
5.Bukit Selambau-Letak jawatan kerana desakan juga..
6.Bukit Gantang-Meninggal Dunia
7.Bagan Pinang-Meninggal Dunia
8.Permatang Pasir-Meninggal Dunia
9.Batang Ai-Meninggal Dunia

Akhir kata, kita sedekahkan Al-Fatihah kepada YB yang beragama Islam yang telah kembali ke rahmatullah.Amin.

Wednesday, April 7, 2010

Penjualan Arak di kedai 24 jam.Apa pandangan anda?

pollcode.com free polls
Apakah tindakan sepatutnya perlu dibuat untuk mengurangkan penjualan arak di kedai 24 jam seperti 7-11?

Penjualan arak diberhentikan jualan serta merta.

Penjualan arak dihadkan waktu penjualan dari 7.00 petang hingga 7.00 pagi

Penjualan arak diberhentikan jualan di kawasan majoriti pendudukan orang Islam.

  

Monday, March 22, 2010

Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia

Bekas Menteri Pertanian Tan Sri Sulaiman Daud meninggal dunia 8.10 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur..

Allahyarham juga pernah memegang jawatan Menteri Pelajaran (1981-84 dan juga 1995-99), Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan (1984-86), Menteri Tanah dan Pembangunan Wilayah (1986-89), Menteri di Jabatan Perdana Menteri (1989-1990), Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (1990-1991) dan jawatan terakhirnya sebagai Menteri Pertanian (1995-1999).

AL-Fatihah.

Orang Melayu PHD??

Baguskan kalau benci kepada saudara sesama islam kita yang lebih kaya daripada kita..
Baguskan kalau kita buat sabotage pada sesama islam kita yang lebih kaya daripada kita..

Aku hairan...kalau tengok cerita melayu..mesti ada orang yang sesama Islam dan sesama bangsa dengki sesama sendiri untuk tidak mahu melihat agama dan bangsa dia berjaya..

Dengki...
PHD... dah lama terpahat dalam bangsa Melayu kita..
Bilalah bangsaku nak berubah...

Lihatlah hari ini...ORANG ISLAM..ORANG MELAYU bernama Mahfuz Omar mempersoalkan ORANG ISLAM...ORANG MELAYU ...kaya kat Malaysia...tetapi tak pula Lim Kit Siang dan Karpal Singh mempersoalkan kenapa Robert Kouk dan Adanan Krisnan kaya pula...

Patutnya kita bersyukur...ada juga dikalangan ORANG MELAYU DAN ISLAM yang kaya ..dan mereka dapat bayar zakat...

Mungkin Mahfuz Omar mempersoalkan kenapa anak Mahathir dan adik Perdana Menteri ada dalam senarai orang kaya...

Mokhzani...tersenarai selepas Mahathir tak jawatan sebagai Perdana Menteri itu pun sebab nilai saham dia...(Kalau saham dia jatuh tangga dia pun jatuh)

Nazir Razak..disebut apabila Najib jadi Perdana Menteri...pun sama juga..sebab nilai saham dia..

Tetapi..kalau lah Mokhzani dan Nazir tu tak kaya.... jadi pengemis di tepi jalan..rasanya Mahfuz pun cakap juga..."macam mana Mahathir dan Razak jadi Perdana Menteri sedangkan keluarga sendiri tak pandai jaga?..."itu mungkin dia akan cakap...

Apa-apa pun diucapkan tahniah kepada Tan Sri Syed Mokhtar AlBukhary yang di kedudukan ke tujuh senarai orang yang terkaya di Malaysia..(Jangan lupa bayar zakat dan tolong orang Islam yang kesusahan)

Wednesday, March 17, 2010

Aduan Rakyat: Kubur tidak dijaga??

Pelik tapi benar..Semalam rancangan Aduan Rakyat pada 17 Mac 2010 memaparkan kubur tidak dijaga..

Kalau ikut kata MAIS..dulu mereka beri peruntukan untuk jaga tetapi sekarang kata dia MAIS tiada peruntukan..
MAIS pergi lah mintak dengan kerajaan negeri peruntukan...Negeri Selangor kaut untuk royalti banyak tahun ini..
sumber blog Azmin Ali : "
Pejabat Tanah Dan Daerah Petaling yang mempunyai 3 batang sungai hanya berjaya mengutip royalti berjumlah RM 27,000 sedangkan dalam tahun 2008, kutipan royalti di Daerah Petaling mencatatkan RM 3.8 juta." -Blog Azmin Ali

Kalau ikut Nazir kat situ..kata nak buat gotong-royong..tapi tak buat-buat juga..
Lain kali..buat aje..jangan tunggu...kita masyarakat Melayu Islam..kubur pun kubur orang Islam..buat pengumuman kat masjid...tak kat teruk benar orang Islam kat situ...ke tak ada orang Islam kat situ lagi???

Tuesday, March 9, 2010

2012


Baru semalam dapat tengok cerita 2012..begitu dahsyat imiginasi pengarah dan penulis sehingga menggambarkan begitu hancurnya dunia pada 12.12.2012..Pada ketika itu, manusia yang kaya sahaja yang diselamatkan...seolah-olah hanya kekayaan sahaja yang boleh menyelamatkan mereka daripada kehancuran..Pada hakikatnya, apabila hari kiamat.. tiada satu pun akan selamat daripada kekuasaan ALLAH SWT.Subahanallah..

Wednesday, March 3, 2010

HANGAT-Pemilihan MCA Semula

Datuk Seri Chua Soi Lek, Timbalan Presiden MCA Malaysia dan Datuk Seri Liao Tiong Lai bersama-sama 21 daripada 31 AJK Pusat MCA letak jawatan hari ini. Datuk Seri Ong Tee Kiat, Presiden MCA memberi laluan mengadakan Pemilihan Semula parti dalam masa terdekat ini.

Pemergian Seorang Tokoh Pemimpin Masyarakat





Puan Norani binti Sanny telah kembali ke rahmatullah pada 2 Mac 2010 jam 6.50 petang kerana kemalangan motosikal di Ujong Pasir dengan sebuah kereta BMW pada 28 Februari 2010 anggaran jam 10.30 malam. Arwah seorang yang berdedikasi tinggi dalam kerja dan khidmat masyarakat di Kampung Ujong Pasir. Kita sama-sama bersedekah Al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat.
Wakil Rakyat DUN Telok Mas, YB Datuk Latiff bin Datuk Tamby Chik terus ke Hospital Melaka selepas habis mesyuarat setelah mendapat berita Puan Noraini binti Sanny meninggal dunia.
YB Datuk telah menguruskan keluar dari awal hinggalah jenazah dibawa keluar dari Hospital.
Disebelah malam, Datuk Wira Amid bin Nordin bekas Wakil Rakyat DUN Telok Mas yang lalu juga bersama-sama hadir menziarahi jenazah.
Pada jam 12.00 malam, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam juga hadir menziarahi.
Puan Noraini adalah penolong pegawai tadbir di Bahagian Pelancongan Negeri Melaka dibawah Jabatan Ketua Menteri Melaka dan Pengerusi KRT Ujong Pasir.

Monday, March 1, 2010

Buat Salah..Tak Buat Salah...

Kemarin saya berbual dengan seorang polis berpangkat tinggi, beliau kongsi maklumat bahawa permasalahan Pasar Malam di Seri Duyong apabila pengguna jalan raya yang melintasi jalan utama di Seri Duyong sesak di waktu Pasar Malam. Ramai pengguna jalanraya menyuarakan "Apalah polis tak tahu buat kerja, biarkan sahaja jalan jem kat sini?Saman aje yang parking tepi jalan ni."
Apabila ada suara rakyat yang membuat aduan, maka polis pun buat tindakan saman. Adalah beberapa kereta kena saman. Tapi ada lagi suara yang bercakap, "Apalah polis nie.Kerja nak saman kereta orang aje.Sikit-sikit saman."
Aduan tu pun polis dah dengar juga. Serba salah dibuatnya. Buat salah..tak buat salah...hidup serba salah..Siapa yang bersalah???
Polis hanya menjalankan tugas..Tanpa polis keamanan dan ketenteraman tak dapat kekal selama ini.Memang benar ada segelintir polis yang tak buat kerja, namun jangan salahkan semua polis. Bak kata orang lama "sebab nila setitik rosak susu sebelanga"

Pandangan dan Pendapat

Sudah sekian lama, saya tidak membuat blog..Dah lebih setahun saya menyepi..Dulu buat blog untuk pekerjaan di Dinar Emas, sekarang dah berhenti, tapi masih makan gaji.

Sekarang saya dah tengok rakan-rakan di pejabat, sepupu-sepupu, saudara-saudara dah pun ada blog..Saya sendiri pun ingin suarakan apa yang terbenak dihati. Kepada rakan-rakan dan pengunjung yang menyinggah ke laman blog saya, saya ucapkan selamat datang. Semoga saya berterusan menghidupkan laman blog ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...