Tuesday, June 11, 2013

TIP Membuat Pinjaman

Sebelum anda membuat pinjaman, anda perlu mempertimbang perkara-perkara berikut:

  • Semasa membuat permohonan pinjaman, tanyakan dahulu kepada diri anda, apakah tujuan pinjaman tersebut dan tentukan sam ada anda mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan.
  • Jangan sesekali membuat pinjaman dengan peminjam wang tidak berlesen.
  • Waspada terhadap syarat dan terma pinjaman yang diambil.
  • Biasakan diri bertanya kepada kadar faedah efektif yang dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka.
  • Jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi gaji anda.
  • Jangan terpedaya dengan penggunaan kad kredit dan kad caj sebagai wang 'percuma'.
  • Membayar hanya bayaran minimum bil kad kredit menyebabkan hutang bertambah besar kerana kesan kompaun.
  • Berusaha untuk menjadi pembayar balik pinjaman yang baik agar mendapat laporan kredit yang positif.
Tanda-tanda yang menunjukan anda menghadapi masalah kewangan:

  • Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaaan -  iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.
  • Jika hutang melebihi jumlah yang boleh anda uruskan.
  • Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi penyata kad kredit.
  • Anda tidak mempunyai tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga.
  • Anda kerap menerima panggilan daripada pemungut hutang.
  • Anda menerima surat saman tuntutan hutang.
Sekiranya anda menghadapi masalah sepeti yang dinyatakan di atas, segeralah mendapatkan pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor kewangan yang profesional.

Sumber : Buku Celik Wang, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...