Wednesday, April 8, 2015

Siapa Aidana Baizieva Helikopter Terhempas?

aidana

Biodata Aidana Baizieva penumpang misteri helikopter terhempas. Setakat berita ini ditulis, status wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih pada 4 April 2015 lalu masih lagi menjadi misteri. Ini susulan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang masih belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.


Senarai Nama 6 Mangsa Maut Helikopter Terhempas 4 April 2015

1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier

2. Aidana Baizieva (Identiti Masih Lagi Misteri Sehingga Kini)

3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)

4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)

5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran

6. Datuk Tan Huat Seang.


Foto co pilot yang tersebar dibawah bukanlah foto Aidana Baizieva. Menurut kenyataan rasmi pemilik foto, Dzuriasikim Dzulkifli, 46, foto tersebut adalah gambar kenangan selfienya bersama Kapten Clifford Fournier (mangsa maut nahas helikopter).


Identiti Mayat Ke 6 Masih Belum Lagi Dikenalpasti

Menurut pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan dipercayai wanita misteri tersebut, Aidana Baizieva belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.


Gambar Co-Pilot Tersebar Bukan Foto Aidana Baizieva

Menerusi laman sosial, foto wajah sebenar Aidana Baizieva kini tersebar dilaman sosial. Namun, persoalan siapa dan apakah tugasan Aidana didalam helikopter tersebut bersama VVIP masih menjadi tanda tanya.Berita Terkini Waris Tuntut Mayat Aidana Baizieva Pada 6 April 2015Wakil dari kedutaan Kyrgyzstan dipercayai adik kandung kepada Aidana Baizieva mangsa nahas helikopter Dauphin AS365N2 datang untuk menuntut mayat kakaknya. Difahamkan adik mangsa bersama seorang lelaki telah pergi ke Institut Perubatan Forensik Negara (HKL) untuk mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat. Mayat Baizieva yang masih dalam jagaan pihak Forensik HKL merupakan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu. Seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan bekerja di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

tuntut

Misteri Siapa Sebenarnya Aidana Baizieva Akhirnya TerungkaiDengan kehadiran seorang gadis dipercayai adik kepada Aidana Baizieva di Hospital Kuala Lumpur pada 6 April 2015, akhirnya misteri mengenai identiti Aidana Baizieva satu-satunya penumpang wanita dalam nahas helikopter terjawab.

waris

Identiti Rasmi Aidana Baizieva Sudah Dikenalpasti 7 April 2015 (Terkini)Identiti mangsa keenam berstatus “Tidak Diketahui” yang maut dalam nahas helikopter Dauphin AS365 N2 sudah dikenal pasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.


Biodata Aidana Baizieva Penumpang Misteri Helikopter Terhempas

Nama Penuh: Aidana BaizievaUmur: 25 tahun
Asal: Kyrgystan
Tempoh Menetap di Malaysia: sejak 2010
Pendidikan: Universiti Sunway, Universiti Lim Kok Wing dan Kolej SEGI
Bidang: Diploma Pelancongan
Kaitan Nahas Helikopter: Kenalan Kapten Clifford William Fournier























Monday, July 15, 2013

Peraturan-peraturan Baru Bank Negara Malaysia Bagi Pinjaman Perumahan dan Pinjaman Peribadi

Ref No : 07/13/04
Embargo : Tidak boleh disiarkan atau dicetak sebelum jam 17 00 pada hari Jumaat 05 Julai 2013

Langkah untuk Terus Menggalakkan Sektor Isi Rumah yang Kukuh dan Mampan. 

Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan pelaksanaan satu set langkah yang bertujuan untuk mengelak hutang isi rumah yang berlebihan dan memperkukuh amalan pemberian pinjaman yang bertanggungjawab oleh pemberi kredit utama. Langkah ini yang berkuat kuasa serta-merta melengkapkan langkah terdahulu yang dilaksanakan sejak tahun 2010 untuk menggalakkan sektor isi rumah yang kukuh dan mampan. 

Langkah-langkah ini ialah: 
  1. Tempoh pinjaman maksimum selama 10 tahun untuk pembiayaan bagi kegunaan peribadi; 
  2. Tempoh pinjaman maksimum selama 35 tahun untuk pembiayaan bagi pembelian harta kediaman dan bukan kediaman; 
  3. Larangan menawarkan produk pembiayaan peribadi yang diluluskan terlebih dahulu. 
Had bagi tempoh pembiayaan ini tidak akan melibatkan permohonan yang dibuat sebelum hari ini. 

Hutang isi rumah terus meningkat pada kadar yang tinggi, iaitu pada kadar tahunan purata 12% sejak lima tahun yang lalu. Meskipun disokong oleh pendapatan dan keadaan guna tenaga yang positif, namun sejak akhir-akhir ini terdapat peningkatan trend dalam penawaran produk kewangan yang tidak mengambil kira kepentingan pengguna dalam jangka panjang. Ini termasuk tempoh pembiayaan yang dilanjutkan hingga 45 tahun bagi pembiayaan rumah dan 25 tahun bagi pembiayaan peribadi. Walaupun tempoh pembiayaan yang lama ini mengurangkan pembayaran balik bulanan, namun dalam jangka panjang, pembiayaan ini meningkatkan beban hutang isi rumah secara keseluruhan. Amalan seperti ini menggalakkan pengumpulan hutang yang berlebihan oleh isi rumah dan meningkatkan kelemahan sektor ini. 

Langkah-langkah ini dilaksanakan menurut seksyen 31(1)(a) Akta Bank Negara Malaysia 2009 dan terpakai pada semua institusi kewangan yang dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia, serta koperasi kredit yang di bawah kawal selia Suruhanjaya Koperasi Malaysia, dan Malaysia Building Society Berhad dan AEON Credit Service (M) Berhad. Ini bagi memastikan amalan pembiayaan adalah konsisten merentas semua penyedia kredit yang utama. 

Sebagai tambahan kepada langkah-langkah di atas, penyedia kredit yang utama dikehendaki mematuhi nisbah khidmat bayaran hutang yang berhemat dalam penilaian kredit bagi memastikan isi rumah mempunyai penampan kewangan yang mencukupi untuk melindungi mereka daripada kenaikan kos dan kejadian yang tidak dijangka. Isi rumah yang mempunyai kemampuan kewangan untuk mengambil pinjaman akan terus mendapat akses kepada pembiayaan. Bagi menambah baik pengurusan hutang yang bertanggungjawab oleh isi rumah, Bank Negara Malaysia akan mempergiat usahanya dalam menyediakan pendidikan kewangan kepada semua segmen masyarakat, termasuk mereka yang masih muda dan peminjam kali pertama daripada institusi kewangan. Di samping itu, rangka kerja perlindungan pengguna akan terus diperkukuh di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan dan Akta Perkhidmatan Kewangan Islam. 

Bank Negara Malaysia
05 Julai 2013


Wednesday, June 12, 2013

HEALTH - LEARN TO MAKE A SIMPLE TRAP MOSQUITOES AND AGAINST DENGUE mosquitoes.



Found in my friend facebook .Thank you Firdaus Zainol for sharing. I want to try this

Items needed:

What we need is basically:
200 ml water
50 grams of brown sugar,
1 gram of yeast (yeast bread, found in any supermarket) and a 2-liter plastic bottle. [...]

How to:
One. Cut the plastic bottle (PET type) in half. Storing the neck portion:
2nd. Mix brown sugar with hot water. Let cool. When cold, pour in the bottom half of the bottle.
3rd. Add the yeast. No need to mix. It creates carbon dioxide.
4th. Place the funnel part, upside down, into the other half of the bottle.
5th. Wrap the bottle with something black, minus the top, and put in some corner of your house.

In two weeks you will see the amount of mosquitoes and mosquitoes who died inside the bottle.

In addition to cleaning their homes, breeding sites of mosquitoes and mosquitoes, we can use this method very useful in: Schools, Nurseries, Hospitals, homes, ranches, farms, ranches, nurseries. etc. Do not forget Dengue in the coming months: this mosquito can kill a person! from salve o planeta (spanish)



Tuesday, June 11, 2013

TIP Membuat Pinjaman

Sebelum anda membuat pinjaman, anda perlu mempertimbang perkara-perkara berikut:

  • Semasa membuat permohonan pinjaman, tanyakan dahulu kepada diri anda, apakah tujuan pinjaman tersebut dan tentukan sam ada anda mampu untuk membuat bayaran ansuran bulanan.
  • Jangan sesekali membuat pinjaman dengan peminjam wang tidak berlesen.
  • Waspada terhadap syarat dan terma pinjaman yang diambil.
  • Biasakan diri bertanya kepada kadar faedah efektif yang dikenakan bagi pinjaman sewa beli dan kadar tetap pinjaman berjangka.
  • Jumlah bayaran bulanan bagi semua pinjaman dan hutang kad kredit tidak boleh melebihi gaji anda.
  • Jangan terpedaya dengan penggunaan kad kredit dan kad caj sebagai wang 'percuma'.
  • Membayar hanya bayaran minimum bil kad kredit menyebabkan hutang bertambah besar kerana kesan kompaun.
  • Berusaha untuk menjadi pembayar balik pinjaman yang baik agar mendapat laporan kredit yang positif.
Tanda-tanda yang menunjukan anda menghadapi masalah kewangan:

  • Jika anda tidak dapat mengawal perbelanjaaan -  iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan.
  • Jika hutang melebihi jumlah yang boleh anda uruskan.
  • Anda hanya mampu membayar 5% setiap bulan bagi penyata kad kredit.
  • Anda tidak mempunyai tabungan untuk menghadapi kecemasan peribadi atau keluarga.
  • Anda kerap menerima panggilan daripada pemungut hutang.
  • Anda menerima surat saman tuntutan hutang.
Sekiranya anda menghadapi masalah sepeti yang dinyatakan di atas, segeralah mendapatkan pertolongan dan nasihat kewangan daripada kaunselor kewangan yang profesional.

Sumber : Buku Celik Wang, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit, Berita Harian

Thursday, May 19, 2011

Inflasi negara 3.5%

Kadar inflasi negara dijangka mencecah paras 3 sehingga 3.5 peratus tahun ini.

Namun pada paras itu, ia masih terkawal.

Impak kenaikan harga barangan dialami ketika ini, dijangka dapat diseimbangkan oleh 2 elemen pengukuhan nilai Ringgit serta kenaikan kadar faedah.

DR YEAH KIM LENG / KETUA PAKAR EKONOMI, RAM HOLDINGS
Its not realy amajor concern to the extend that we encounter price instability so rite now we are in the situation we are moving to a level which in line of our long term level which is 3 percent.

Selang 2 tahun lalu kadar inflasi negara berada pada paras bawah 2 peratus.

Jelasnya, dibandingkan inflasi negara China, Thailand dan Filipina yang kini sekitar 5 hingga 7 peratus, kadar inflasi Malaysia jauh lebih rendah.

Yang penting, kerajaan perlu mengawal bekalan barangan bagi menstabilkan harga.

Pasaran bon negara turut dilihat kekal kukuh dengan sasaran 60 billion Ringgit penerbitan bon baru, tahun ini.

Wednesday, January 19, 2011

BLR dijangka naik??

Sumber daripada Business Times Online(BNM) , itu adalah berita tentang harapan pada peningkatan Overnight Policy Rate (OPR) pada tahun 2011 oleh HSBC-co-head of Asian Economics Fred Neumann.

Dia berkata, "BNM ini diharapkan dapat meningkatkan OPR sebanyak 25 basis mata menjadi 3 peratus pada suku ketiga dan lain 25 pangkalan mata menjadi 3,25 persen pada akhir tahun.

Anda boleh membaca berita lengkap di sini => Tighten monetary policy to control inflation


Berdasarkan kenyataan di atas, saya sudah plot grafik pada OPR dan data bersejarah BLR bersama-sama dengan harapan OPR masa depan dan juga BLR untuk melihat di mana mereka bergerak. Nampaknya bahawa cepat atau lambat, suka atau tidak, BLR akan menjadi normal, atau mungkin bahkan lebih tinggi daripada kadar BLR tua ...

Masa utk Sudah habis bulan madu ... BERSIAPLAH UNTUK SAAT SULIT!


Monday, January 17, 2011

Nak Berniaga??..ohhh... TAKUT RUGI

Kebanyakan dari kita nak berniaga TETAPI takut RUGI!
Terutama bila lihat ramai orang sekeliling yang GAGAL dan bercerita berbagai kisah ‘seram’ sehingga kadangkala kita juga mula mudah terpengaruh untuk mengikuti jejak langkah orang GAGAL tersebut!

Kita juga biasa dengar banyak sudah kes bercerai berai..suami pukul isteri.. dan berbagai masalah rumah tangga disekeliling kita
TETAPI MENGAPA DULU KITA MASIH SIBUK NAK BERKAHWIN…KENAPA TAK MEMBUJANG JER SAMPAI SEKARANG..BUKANKAH BAHAYA BERKAHWIN KERANA TERLALU BANYAK JUGA KISAH ‘SERAM’ DARI PENGALAMAN MEREKA YANG SUDAH BERKAHWIN?

Tetapi bila kita berkahwin ..hmm..OK plak! Tidak pula kita lalui segala ‘cerita seram’ tersebut! Malah kita dapat kenikmatan hidup yg lebih sempurna dan kebahagiaan yang mungkin tidak kita miliki semasa kita bujang!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...