Wednesday, April 8, 2015

Siapa Aidana Baizieva Helikopter Terhempas?

aidana

Biodata Aidana Baizieva penumpang misteri helikopter terhempas. Setakat berita ini ditulis, status wanita dikenali sebagai Aidana Baizieva yang berada di dalam helikopter AS365N2 yang terhempas di Semenyih pada 4 April 2015 lalu masih lagi menjadi misteri. Ini susulan identiti wanita tersebut yang didakwa sebagai pembantu juruterbang masih belum dapat disahkan oleh mana-mana pihak.

Terdahulu, helikopter yang dinaiki oleh Ahli Parliman Rompin Dr Jamaluddin Jarjis berserta 5 lagi penumpang terhempas di Jalan Sungai Lalang, Kampung Pasir Baru, Semenyih pada 4 April 2015 selepas menghadiri majlis perkahwinan anak PM Dato Najib Razak di Pekan, Kuantan, Pahang.


Senarai Nama 6 Mangsa Maut Helikopter Terhempas 4 April 2015

1. Juruterbang Kapten Clifford William Fournier

2. Aidana Baizieva (Identiti Masih Lagi Misteri Sehingga Kini)

3. Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis (Pengerusi Perbadanan PR1MA Malaysia)

4. Datuk Azlin Alias (Ketua Setiausaha Sulit Perdana Menteri)

5. Pengawal peribadi Jamaluddin Razakan B Seran

6. Datuk Tan Huat Seang.


Foto co pilot yang tersebar dibawah bukanlah foto Aidana Baizieva. Menurut kenyataan rasmi pemilik foto, Dzuriasikim Dzulkifli, 46, foto tersebut adalah gambar kenangan selfienya bersama Kapten Clifford Fournier (mangsa maut nahas helikopter).


Identiti Mayat Ke 6 Masih Belum Lagi Dikenalpasti

Menurut pakar forensik Hospital Kuala Lumpur, mayat mangsa terakhir nahas berkenaan dipercayai wanita misteri tersebut, Aidana Baizieva belum dituntut kerana identitinya belum dapat dipastikan.Difahamkan, nama Aidana Baizieva yang berasal dari Kyrgystan itu diperoleh daripada kenyataan Kementerian Pengangkutan yang memaklumkan wanita berkenaan adalah salah seorang daripada enam yang menaiki pesawat tersebut. Hospital Kuala Lumpur turut mengklasifikasikan status mayat tersebut sebagai ‘tidak diketahui’.


Gambar Co-Pilot Tersebar Bukan Foto Aidana Baizieva

Menerusi laman sosial, foto wajah sebenar Aidana Baizieva kini tersebar dilaman sosial. Namun, persoalan siapa dan apakah tugasan Aidana didalam helikopter tersebut bersama VVIP masih menjadi tanda tanya.Berita Terkini Waris Tuntut Mayat Aidana Baizieva Pada 6 April 2015Wakil dari kedutaan Kyrgyzstan dipercayai adik kandung kepada Aidana Baizieva mangsa nahas helikopter Dauphin AS365N2 datang untuk menuntut mayat kakaknya. Difahamkan adik mangsa bersama seorang lelaki telah pergi ke Institut Perubatan Forensik Negara (HKL) untuk mengisi beberapa borang untuk tujuan pelepasan mayat. Mayat Baizieva yang masih dalam jagaan pihak Forensik HKL merupakan pembantu juruterbang yang terkorban dalam nahas helikopter yang terhempas di Semenyih, petang Sabtu lalu. Seorang jurucakap kedutaan mengesahkan Aidana merupakan warga Kyrgyzstan dan bekerja di Malaysia sekurang-kurangnya selama setahun.

tuntut

Misteri Siapa Sebenarnya Aidana Baizieva Akhirnya TerungkaiDengan kehadiran seorang gadis dipercayai adik kepada Aidana Baizieva di Hospital Kuala Lumpur pada 6 April 2015, akhirnya misteri mengenai identiti Aidana Baizieva satu-satunya penumpang wanita dalam nahas helikopter terjawab.

waris

Identiti Rasmi Aidana Baizieva Sudah Dikenalpasti 7 April 2015 (Terkini)Identiti mangsa keenam berstatus “Tidak Diketahui” yang maut dalam nahas helikopter Dauphin AS365 N2 sudah dikenal pasti sebagai Aidena Braizieva, rakan kepada juruterbang helikopter, Kapten Clifford William Fournier.


Biodata Aidana Baizieva Penumpang Misteri Helikopter Terhempas

Nama Penuh: Aidana BaizievaUmur: 25 tahun
Asal: Kyrgystan
Tempoh Menetap di Malaysia: sejak 2010
Pendidikan: Universiti Sunway, Universiti Lim Kok Wing dan Kolej SEGI
Bidang: Diploma Pelancongan
Kaitan Nahas Helikopter: Kenalan Kapten Clifford William Fournier























Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...